TipsWorks Studios telah mengumumkan yang mereka membawa permainan aksi RPG Pascal’s Wager ke PC melalui Steam pada 12 Mac 2021. Mereka akan membawa versi Definitive Edition yang akan menyertakan kesemua tambahan kandungan yang tiba untuk permainan tersebut.
Pascal’s Wager pada tahun lepas telah dilancarkan untuk peranti pintar iOS dan juga Android. Menjadikan judul permainan pertama oleh TipsWorks Studios yang dikeluarkan untuk PC. Seperti diumumkan sebelum ini, di peranti pintar ia telah-pun terjual sebanyak 1 juta unit.
Dibangunkan oleh Giant Games,Pascal’s Wager meletakkan pemain sebagai Terrance dalam dunia kegelapan yang mana pemain akan bertempur pelbagai jenis raksasa dan gergasi. Melalui penceritaan awal permainan ini, dunia tersebut dilanda wabak penyakit dan Terrance percaya kehilangan isteri beliau adalah disebabkannya. Ini sekaligus, membuatkan pemain untuk mengembara mencari punca dan cuba menyelamatkan isteri beliau.