PlayStation State of Play Akan Berlangsung 26 Februari Ini

PlayStation hari ini mengumumkan yang mereka akan berkongsi State of Play baharu pada pukul 6 pagi, 26 Februari ini. Siaran selama 30 minit ini akan memfokuskan kepada 10 permainan yang akan tiba untuk PlayStation 4 dan juga PlayStation 5.

Pengumuman ini akan menyertakan permainan yang pertama kali diumumkan, maklumat terbaru mengenai permainan yang diumumkan sebelum ini dan juga permainan-permainan indie.

Mereka menegaskan yang tiada pengumuman berkait dengan konsol ataupun bahagian perniagaan mereka, ia sepenuhnya akan memfokuskan kepada permainan. Jika anda ingin menontonnya, ia boleh dilakukan melalui Twitch dan juga Youtube.

Sohor Kini