Skip to main content

PlayStation hari ini mengumumkan yang mereka membawa kembali inisiatif untuk menggalakkan pemain berada di rumah iaitu “Play at Home” dengan menawarkan permainan percuma kepada semua pemilik PlayStation 4 dan PlayStation 5 (tidak memerlukan langganan PS Plus).

Pada tahun lepas, mereka menawarkan untuk satu bulan sahaja, namun tahun ini, mereka akan menawarkan permainan percuma bermula pada bulan Mac sehingga Jun 2021. Pada bulan Mac ini mereka akan menawarkan Ratchet & Clank.

Selain itu, mereka juga menawarkan langganan Funimation tetapi terhad kepada negara yang menyokongnya sahaja. Maklumat lanjut mengenai inisiatif ini akan dikongsi dari semasa ke semasa.

Leave a Reply