PlayStation hari ini telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan set kepala realiti maya baharu (PSVR) khusus untuk PlayStation 5.

Mereka mengatakan yang PSVR baharu ini akan memerlukan satu wayar sahaja untuk disambung ke PS5 bagi memudahkan proses pemasangan, namun ia akan memberikan kualiti grafik yang jauh lebih baik. Selain itu, mereka juga mengumumkan alat kawalan VR baharu juga sedang dibangunkan dan ia akan menyertakan pelbagai fungsi daripada DualSense kemungkinan haptic feedback dan juga adapative trigger. Ia juga akan mempunyai reka bentuk yang lebih ergonomik.

Pembangunan untuk PSVR baharu ini masih lagi sedang berjalan dan mereka mengatakan yang ia tidak akan tiba pada tahun 2021.

Sohor Kini