Skip to main content

Bloomberg telah melaporkan yang pada tahun 2020, Mihoyo telah menjana pendapatan sebanyak $800 juta(~RM3.2 bilion) iaitu peningkatan sebanyak dua kali ganda berbanding keseluruhan pendapatan mereka pada tahun 2019. Kejayaan tersebut sudah semestinya disebabkan pelancaran permainan Genshin Impact mereka yang menjana RM1.6 bilion dalam masa dua bulan sahaja.

Selain itu, Mihoyo juga telah dilaporkan menambah jumlah pekerja sebanyak 70% iaitu kepada 2400 pekerja pada tahun lepas. Pada Oktober tahun lepas, mereka dilaporkan mempunyai 1500 pekerja. Buat masa ini, Mihoyo tidak mengumumkan secara terbuka mengenai jumlah pekerja di bawah mereka.

Genshin Impact sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PC, iOS dan Android. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini.

Leave a Reply