Skip to main content

Ubisoft telah mengumumkan yang mod dalam talian untuk Watch Dogs: Legion akhirnya akan tiba pada 10 Mac ini secara percuma melalui kemaskini permainan. Mod ini sepatutnya tiba pada bulan Januari lepas tetapi telah ditunda bagi memberi peluang kepada Ubisoft untuk menyelesaikan masalah permainan tersebut terlebih dahulu.

Berikut adalah antara yang disertakan melalui mod ini;

  • Kebolehan untuk anda meneroka dunia Watch Dogs: Legiopn bersama dengan rakan sehingga 4 pemain untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama.
  • Misi yang khusus untuk dilakukan secara koperasi.
  • “Leader of the Pack” iaitu operasi yang akan memerlukan 4 pemain untuk berkerjasama bagi menyelesaikan pelbagai cabaran.
  • Spiderbot Arena, mod PvP di mana empat pemain akan mengawal spiderbots yang bersenjata di dalam perlawanan deathmatch.

Melakukan aktiviti-aktiviti tersebut akan memberikan pemain XP untuk meningkatkan tahap dan juga mendapat ganjaran seperti barangan kosmetik, pemain juga akan mendapat influence point untuk rekrut watak baharu dan juga mendapat gajet berlainan.

Selain itu, Ubisoft juga mengumumkan pelbagai kandungan tambahan akan disertakan dari semasa ke semasa, dan bagi pemilik pas semusim dua misi baharu iaitu Guardian Protocol dan Not in Our Name akan tiba pada 10 Mac ini.

Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mini โ€“ Watch Dogs Legion.

Leave a Reply