Paradox Interactive melalui laporan kewangan bagi akhir tahun 2020 telah mengumumkan yang Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 tidak akan dikeluarkan pada tahun 2021, seperti yang diumumkan sebelum ini. Permainan pada awalnya patut tiba pada awal tahun 2020.
Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Hardsuit Lab tidak lagi akan membangunkan permainan tersebut, sebaliknya mereka akan menggunakan perkhidmatan studio lain untuk menyiapkannya sebelum ia bersedia untuk dilancarkan. Buat masa ini mereka tidak mengumumkan nama studio baharu.
Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 merupakan permainan susulan kepada permainan berjudul sama yang dikeluarkan pada tahun 2004. Permainan kedua ini diumumkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.