Beberapa tahun lepas Epic Games telah disaman disebabkan sistem kotak tikam yang pernah disertakan di dalam permainan Fornite: Save the World dan juga Rocket League. Sistem tersebut sudah-pun dibuang daripada kedua-dua permainan.

Epic Games mengatakan yang mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana sistem kotak tikam tersebut telah jelas diperkatakan kepada semua pemain. Namun, mereka memilih untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi pampasan agar ia tidak perlu dibicarakan di Makhamah.

Menurut kenyataan oleh Epic Games, mereka akan memberikan pampasan dalam dua bentuk iaitu 1,000 V-Bucks kepada semua pemain yang pernah membeli kotak tikam. Walaupun, kes ini memfokuskan kepada pengguna di Amerika Syarikat akan tetapi mereka akan memberikannya secara global. Bagi pembeli kotak tikam Rocket League akan menerima 1000 Rocket Credit.

Berdasarkan laporan oleh The Verge, Epic Games juga akan menyediakan pampasan wang tunai sebanyak $26.4 juta (~RM106 juta) untuk membayar kos guaman kedua-dua pihak, permintaan bayaran balik daripada pemain terutama pemain bawah umur yang menggunakan wang sendiri.

Epic Games mengatakan yang mereka bersetuju dengan kritikan yang dilakukan melalui kes saman ini mengenai sistem kotak tikam, oleh disebabkan itu mereka sudah membuangnya daripada kesemua permainan dan merasakan pemain berhak untuk mengetahui apa yang boleh didapati melalui setiap pembelian.

Sohor Kini