Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 adalah permainan penambah-baikkan yang telah mendapat penerimaan yang baik daripada pemain. Mengembalikan kegemilangan permainan papan selaju ke era terdahulu boleh dikatakan sebagai projek yang berjaya untuk Activision. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 – Kembalinya Kegemilangan Permainan Video Papan Selaju.

Minggu ini berdasarkan perbualan di antara Tony Hawk, Activision dan juga Nintendo, permainan tersebut mungkin akan turut dikeluarkan untuk Switch. Ia bermula apabila Tony Hawk mengeluarkan ciapan untuk meminta untuk permainan Tony Hawk dikeluarkan di Switch selepas permainan Crash 4 disahkan untuk konsol mudal alih tersebut.

Activision membalas ciapan tersebut dengan ciapan tersendiri manakala Nintendo pula meminta akaun Twitter Crash untuk membawanya ke konsol Switch. Tidak disahkan jika mereka sekadar berjenaka akan tetapi dengan penglibatan banyak akaun rasmi, ia mungkin adalah satu acahan kepada pemain.

Tony Hawk’s Pro Skater sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini