Perancangan Untuk Tahun Ke-6 Rainbow Six Siege Dikongsi

Ubisoft minggu ini telah mengumumkan perancangan mereka untuk tahun ke-6 bagi permainan multi-pemain Tom Clancy’s Rainbow Six Siege, antara yang dikongsi adalah musim pertama bagi tahun ke-6, perubahan bentuk permainan, dan alat baharu untuk menggalakkan sesi permainan yang lebih positif.

Kami sertakan video pengumuman penuh tetapi kami akan sertakan secara ringkas apa perancangan mereka di bawah.

Musim Pertama – Crimson Heist

Bagi musim pertama untuk tahun ke-6 ini iaitu Crimson Heist mereka menyertakan operator baharu Flores. Flores mempunyai gajet yang digelar sebagai Ratero Charge (RCE), ia merupakan gajet yang boleh dikawal dari jarak jauh dan akan meletup selepas suatu masa ataupun apabila ditetapkan oleh pemain. Flores akan menggunakan AR33 dan SR-25 sebagai senjata.

Selain itu, Ubisoft juga mengumumkan peta Border menerima pelbagai perubahan seperti menyertakan balkoni di antara tangga East dengan Break Room. Tandas juga kini telah dibesarkan untuk bersambunga dengan Tellers. Mereka juga memperkenalkan gajet sekunder iaitu Gonne-6 yang boleh memberi damage kepada dinding lembut dan juga pemain lawan.

Tingah Laku Pemain

Sistem Reputasi akan diperkenalkan secara terbuka bagi tahun ini, di mana pada tahun lepas mereka telah memperkenalkannya tetapi secara tersembunyi. Melalui sistem ini, pemain yang memberi tingkah laku yang baik akan menerima ganjaran seperti barangan di dalam permainan. Manakala pemain yang bermasalah akan mendapat akses yang terhad untuk permainan secara ranked. Pemain akan mengetahui skor reputasi mereka dan akan diberitahu cara untuk menjadi lebih baik.

Kemaskini Untuk Bentuk Permainan

Seperti diumumkan di atas, Rainbow Six Siege akan menerima gajet sekunder baharu iaitu Gonne-6. Selain itu, bagi terus melibatkan pemain yang sudah terbunuh, mereka masih lagi dapat mengawal kamera ataupun gajet untuk terus memberi informasi kepada rakan sepasukan, ia akan tiba sekitar tahun ke-6 ini.

Bagi memberi kesimbangan kepada Menyerang dan Bertahan, pemain kini boleh menukar Operator tanpa had ketika sesi persediaan, ini akan memberikan pemain peluang untuk mengubah strategi berdasarkan apa yang berlaku. Bagi memudahkan pemain, Armor kini akan menjadi Health.

Satu perkara menarik lain yang diumumkan oleh mereka adalah kerjasama bersama dengan Capcom untuk membawa kandungan berdasarkan Resident Evil ke permainan tersebut. Ia bermula dengan kostum berdasarkan Jill Valentine untuk Zofia. Pelbagai kandungan lain akan tiba dari semasa ke semasa.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini