Tom Clancy’s Rainbow Six Invitational 2021 sepatutnya berlangsung pada bulan ini telah ditunda selepas kerajaan Perancis mengumumkan sekatan perjalanan dari dan ke negara tersebut.
Hari ini, Ubisoft mengumumkan yang kejohanan tersebut sebaliknya akan berlangsung pada bulan Mei 2021, tarikh tepat dan juga lokasi pengajuran akan diumumkan kemudian. Six Major of May yang sepatutnya berlangsung pada bulan tersebut telah ditunda.
Selain itu, mereka juga telah mengumumkan tarikh baharu untuk Stage 1, seperti berikut;
- Stage 1 untuk Liga Asia-Pasifik berlangsung pada 18 Mac.
- Stage 1 untuk Liga Eropah berlangsung pada 18 Mac.
- Stage 1 untuk Liga Amerika Utara berlangsung pada 24 Mac.
- Stage 1 untuk Liga Amerika Latin berlangsung pada 19 Mac.
Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan esukan bagi Rainbow Six Siege anda boleh layari pautan ini.