Makhamah UK Menolak Permintaan Epic Games Untuk Menyaman Apple

Pada bulan lepas, kami melaporkan yang selepas memfailkan kes di mahkamah Amerika Syarikat mengenai pengharaman Fortnite di App Store, Epic Games cuba membawa kes yang sama di UK tetapi tampaknya mereka tidak dapat meneruskannya.

Reuters melaporkan yang Makhamah UK bahagian anti-monopoli telah menyekat daripada Epic Games untuk membawa kes tersebut di sana, mereka membenarkan kes yang sama melawan Google akan tetapi mencadangkan yang ia lebih baik dilakukan di Amerika Syarikat.

Epic Games mengatakan yang mereka akan menunggu keputusan penuh di makhamah Amerika Syarikat sebelum membuat keputusan mengenai kes di UK. Mereka sebelum ini juga membawa kes tersebut ke Bahagian Anti-Monopoli Kesatuan Eropah.

Sohor Kini