Overwatch League 2021 Akan Bermula Pada 17 April 2021

Blizzard telah mengumumkan yang Overwatch League bagi tahun 2021 akan membuka tirainya pada 17 April 2021 dengan 5 perlawanan akan berlangsung pada hari tersebut, jadual penuh untuk kejohanan ini boleh dilihat melalui pautan ini.

Bagi kejohanan kali ini Blizzard telah membahagikan pasukan kepada dua benua iaitu Timur dan Barat. Timur akan menyertakan pasukan yang akan bertanding di China dan Korea Selatan iaitu Chengdu Hunters, Guangzhou Charge, Hangzhou Spark, Los Angeles Valiant, New York Excelsior, Philadelphia Fusion, Shanghai Dragons, dan Seoul Dynasty.

Manakala Barat pula terdiri daripada 12 pasukan yang akan bermain di Amerika Utara dan Eropah iaitu Atlanta Reign, Boston Uprising, Dallas Fuel, Florida Mayhem, Houston Outlaws, London Spitfire, Los Angeles Gladiators, Paris Eternal, San Francisco Shock, Vancouver Titans, Toronto Defiant, dan Washington Justice.

Overwatch League 2021 akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak $4.25 juta (~RM17 juta). Jika anda ingin mengikuti kejohanan ini, setiap perlawanan akan distrim secara langsung melalui Youtube.

Sohor Kini