Fredo Dan Jumper Menyertai Pasukan PUBG Mobile Team Secret

Pada awal tahun ini, Yoodo Gank telah mengumumkan yang tiga pemain mereka iaitu Azmal Jasni (iNaoki), Ahmad Fuad (Fredo) dan Muhammad Izzrudin (Jumper) telah meninggalkan pasukan PUBG Mobile tersebut. Minggu ini, destinasi seterusnya untuk Fredo dan Jumper akhirnya terjawab apabila Team Secret telah mengumumkan senarai pemain baharu mereka.

Fredo dan Jumper akan menyertai Raymond Tan (Shotz), Aekachai Areesanan (Madtoi) Dhiya Ulhaq (Uhigh) membentuk pasukan baharu PUBG Mobile untuk Team Secret. Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Jay Lim (Y2K) akan menyertai sebagai penganalisa manakala Azizan Mansor (Seraveem) akan menjadi jurulatih.

Yoodo Gank sebelum ini juga telah mengumumkan pemain baharu mereka iaitu Azim Haris (Wrydep), Fairul Iskandar Putra (Putra) dan Lokman Hakim (Bravo) akan menyertai Abdul Azim Ikromi (Draxx) serta Aiman Amirul (Man Parang).

Sumber: WTM Today

Sohor Kini