Apple TV telah mengumumkan yang musim kedua untuk siri Mythic Quest akan tiba di platform penstriman mereka pada 7 Mei 2021. Mythic Quest merupakan siri yang memfokuskan kepada studio pembangunan permainan video. Ia diterbitkan oleh Ubisoft.

Pada musim pertama, ia memfokuskan kepada mereka sedang membangunkan penambahan untuk permainan MMORPG Mythic Quest iaitu Raven’s Banquet. Berdasarkan treler pengumuman, tampaknya mereka sedang mencari idea untuk penambahan terbaru yang mungkin berjudul “Sea of Nails”.

Apple telah mengesahkan yang siri ini akan menerima musim kedua sebelum musim pertama disiarkan lagi. Jika anda ingin tonton video ulasan kami untuk musim pertama, kami sertakannya di bawah.

Sohor Kini