Rage 2 dan Absolute Drift Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store pada minggu ini telah menawarkan dua permainan percuma iaitu Rage dan juga Absolute Drift. Kedua-dua permainan boleh ditebus bermula sekarang sehingga 26 Februari 2021.

Rage 2 adalah permainan menembak first-person yang dibangunkan oleh Avalanche Studios dan diterbitkan oleh Bethesda. Ia menyertakan dunia terbuka yang agak menarik untuk pemain terokai akan tetapi penceritaan yang disertakan sedikit mengecewakan. Anda boleh baca ulasan penuh kami untuknya di pautan inil; Ulasan Rage 2 – Permainan Menembak Yang Baik Tetapi Pengisian Mengecewakan.

Absolute Drift adalah permainan arked kereta yang memerlukan pemain untuk mengawal kereta melalui belokan yang tajam sambil cuba melanggar bongkah-bongkah yang terdapat di jalanan. Ia dibangunkan dan diterbitkan oleh Funselektor Labs.

Selepas tawaran kedua-dua permainan ini berakhir, ia akan digantikan dengan satu permainan iaitu Sunless Sea. Epic Games Store buat masa ini juga sedang menganjurkan jualan promosi Showcase Sale.

Sohor Kini