Fortnite meneruskan lagi dengan kepelbagaian watak tiba untuk menjadi kostum di dalam permainan battle royale tersebut, dan kali ini mereka mengumumkan dua watak terkenal daripada siri Street Fighter iaitu Ryu dan juga Chun-Li.
Dua kostum ini dikatakan akan tiba secara Zero Point, dengan kata lain pemain boleh mendapatkannya dengan menyelesaikan cabaran tertentu dan bukan melalui pembelian di Store. Ryu dan Chun-Li akan tiba pada 20 Februari 2021.
Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan juga Android.