Selian berkongsi mengenai kelas baharu yang akan tiba untuk Diablo IV, ketika Blizzcon yang berlangsung hari ini, Blizzard juga mengumumkan yang mereka akan membawa kembali Diablo II yang dikeluarkan pertama kali 21 tahun yang lepas iaitu Diablo II: Resurrected.

Permainan penambah-baikkan ini akan dikeluarkan untuk hampir semua platform iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan juga PC sekitar tahun ini.

Melaluinya mereka akan menyertakan kualiti grafik yang lebih baik, termasuk juga mengubah grafik 2D kepada 3D dan menyokong resolusi sehingga 4K. Selain daripada itu, mereka tidak akan melakukan perubahan yang besar terutama untuk bentuk permainan agar pemain dapat bermain-nya sepertimana suatu ketika dahulu. Ia juga akan menyokong fungsi rentas kemajuan membolehkan anda bermain di beberapa platform berbeza menggunakan fail simpanan yang sama.

Pengumuman ini dengan kata lain telah mengesahkan laporan kami sebelum ini iaitu Vicarious Visions telah diserap masuk ke dalam Blizzard untuk membangunkan semula Diablo II bagi platform terbaru.

Sohor Kini