Blizzard ketika acara Blizzcon yang berlangsung secara dalam talian hari ini telah mengumumkan maklumat terbaru mengenai Diablo IV iaitu mereka mengumumkan kelas keempat bagi permainan tersebut adalah Rogue, menyertai kelas Barbarian, Druid, dan Sorceresses yang sudah diumumkan sebelum ini. Buat masa ini masih tiada pengesahan mengenai kelas kelima.

Kelas Rogue boleh menyerang secara jarak dekat menggunakan pisau, ia juga boleh menyerang secara jarak jauh menggunakan panah. Selain itu, Rogue juga boleh menggunakan barangan seperti racun, perangkap dan juga magis.

Blizzard tidak mengumumkan lagi bila Diablo IV akan tiba, akan tetapi sebelum ini mereka sudah mengesahkan yang ia tidak akan tiba pada tahun ini.

Sohor Kini