Blizzard ketika penstriman Blizzcon telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk Heartstone adalah Forged in the Barrens yang akan menawarkan 135 kad baharu. Barrens adalah antara lokasi yang sangat popular di dalam World of Warcraft.

Antara yang diperkenalkan melalui penambahan ini adalah keyword baharu iaitu Frenzy, di mana ia akan melakukan sesuatu tindakan selepas menerima damage dan tidak mati buat pertama kali. Ia juga menyertakan Spell Schools, di mana kad jenis Spell kini dibahagikan kepada pelbagai School yang berbeza. Spell juga boleh menerima naik taraf bergantung kepada situasi tertentu, contohnya pemain mempunyai 5 atau 10 mana.

Penambahan Forged in the Barrens ini juga akan menandakan berakhirnya Tahun Pheonix dan bermulanya Tahun Griffin. Selain kitaran kad yang biasa, tahun baharu ini juga menyertakan satu perubahan besar iaitu kad Basic dan Classic akan digantikan dengan Core Set yang akan berubah setiap tahun. Ia juga memperkenalkan mod Classic, anda boleh baca lanjut mengenainya melalui laporan kami sebelum ini.

Sohor Kini