Ketika acara Nintendo Direct, EA dan Velan Studios telah mengumumkan permainan Knockout City iaitu permainan multi-pemain yang mengambil konsep daripada sukan Dodgeball. Ia akan dikeluarkan pada 21 Mei 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Semasa pelancaran, ia akan menyertakan mod 3v3, 4v4 dan juga Street Play yang akan dimainkan secara berseorangan melawan pemain lain. Bagi pemain yang inginkan cabaran ia juga akan menyertakan League Play dan sistem ranked. Pemain juga boleh bermain bersama rakan sahaja melalui private match.

Mereka juga mengumumkan sesi beta untuk permainan ini akan bermula pada 20 Februari sehingga 21 Februari tetapi ia adalah terhad untuk pemain di NA dan EU sahaja. Ia akan ditawarkan dengan harga $19.99 (~RM80) buat masa ini Steam masih tidak menyenaraikan harga tempatan.

Sohor Kini