Riot Games telah mengumumkan yang penambahan seterusnya untuk permainan kad digital mereka iaitu Legends of Runeterra adalah Empires of the Ascended dan anda boleh tonton treler untuknya di bawah.
Penambahan ini akan menyertakan 110 kad baharu iaitu 9 daripadanya adalah hero baharu. Ia juga akan menyertakan benua baharu Shurima. Penambahan ini akan disertakan bermula pada 3 Mac 2021. Riot Games akan berkongsi maklumat mengenai kad yang akan tiba dari semasa ke semasa melalui laman media sosial mereka.
Legends of Runeterra sudah dikeluarkan secara percuma untuk PC dan juga permainan mudah alih di iOS dan Android. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan ini; Ulasan Legends of Runeterra – Jawapan Riot Games Untuk Hearthstone.