Devolver Digital hari ini telah melancarkan Minit Fun Racer iaitu permainan “endless runner” berdasarkan permainan Minit. Di dalam permainan ini, pemain boleh memandu sambil mengelak daripada pelbagai halangan dan mengutip syiling untuk digunakan bagi mendapat pelbagai peralatan.

Menariknya, Devolver Digital mengatakan yang kesemua pendapatan daripada permainan ini (tolak peratusan yang akan diambil oleh Steam) akan disumbangkan kepada badan amal. Oleh itu, mereka memberikan tiga pilihan harga untuknya iaitu RM8.50, RM23.50 dan RM39.00. Jika berminat anda boleh dapatkannya melalui pautan ini, ia juga ditawarkan di Itch.io dan anda boleh tetapkan sendiri harga pembelian.

Sohor Kini