Skip to main content

Nintendo akhirnya telah menyiarkan Nintendo Direct selepas sekian lama yang juga merupakan pertama kali untuk tahun ini. Penstriman selama lebih kurang 50 minit tersebut telah berkongsi pelbagai permainan yang akan tiba untuk Switch, berikut adalah antara pengumuman utama yang dilakukan;

Selain daripada pengumuman di atas, mereka juta telah melakukan pelbagai pengumuman lain dan berikut adalah antaranya;

Outer Wilds

Outer Wilds adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Mobius Digital dan diterbitkan oleh Annapurna Interactive. Di dalam permainan ini, pemain mempunyai 22 minit untuk bermain sebelum mati dan mengulangi semula sesi tersebut. Ia akan tiba di Switch pada suku ketiga tahun ini.

Famicom Detective Club

Famicom Detective Club: The Missing Heir dan Famicom Detective Club: The Girl Who Stands Behind merupakan dua permainan visual novel penyiasatan yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 1988 dan 1989, Switch akan menerima versi olahan semula yang menyertakan grafik yang lebih terbaru. Ia akan tiba pada 14 Mei 2021.

Samurai Warrior 5

Permainan terbaru untuk siri Samurai Warrior ini akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini. Selain Switch, ia juga akan tiba untuk keluarga konsol PlayStation serta Xbox dan PC. Ia dibangunkan oleh Omega Force dan diterbitkan oleh Koei Tecmo.

Legend of Mana

Legend of Mana adalah permainan versi penambah-baikkan untuk permainan berjudul sama yang dikeluarkan pada tahun 1999. Ia adalah permainan seterusnya bagi siri ini selepas Trials of Mana yang juga telah menerima versi penambah-baikkan. Ia akan tiba pada 24 Jun untuk Switch dan juga PlayStation 4 serta PC.

DC Super Hero Girls: Teen Power

Di dalam permainan ini pemain boleh menggunakan pelbagai watak adiriwati daripada siri komik DC seperti Wonder Woman, Supergirl dan Batgirl. Ia diterbitkan sendiri oleh Nintendo dan akan tiba 4 Jun 2021.

Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville Complete Edition

Plants vs. Zombies: Battle For Neighborville adalah permainan menembak berdasarkan siri permainan Plants vs Zombies secara koperasi dan juga kompetitif. Switch akan menerima edisi Complete Edition yang akan menyertakan kesemua kandungan yang tiba termasuk juga DLC. Ia akan dikeluarkan pada 19 Mac 2021. Ia sudah tiba untuk PlayStation 4, Xbox One, PC.


Di atas merupakan sebahagian sahaja daripada pengumuman yang dilakukan semasa Nintendo Direct. Anda boleh tonton video di bawah untuk pengumuman penuh.

Leave a Reply