Skip to main content

Seperti kami laporkan sebelum ini, EA telah membuat tawaran untuk membeli Codemasters dengan nilai $1.2 bilion (~RM4.86 bilion) yang merupakan tawaran lebih tinggi berbanding Take-Two Interactive yang telah membatalkan tawaran mereka.

Minggu ini, EA telah mengumumkan yang proses pengambil-alihan tersebut telah pun selesai dan siri-siri permainan seperti F1, Grid, Dirt dan Project Cars akan menyertai siri permainan Need for Speed dan Real Racing. Dengan pengambil-alihan ini EA menjanjikan kandungan simulasi perlumbaan yang lebih kerap daripada mereka.

Bagi Codemaster, ia akan membantu untuk membawa permainan mereka ke pasaran yang lebih luas terutama yang mengikut permainan-permainan oleh EA sebelum ini.

Leave a Reply