Pada awal hari ini, Mediatonic dan Devolver Digital telah mengumumkan yang permainan Fall Guys: Ultimate Knockout akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada suku ketiga tahun ini, dan kini Microsoft telah mengesahkan yang ia juga akan dikeluarkan untuk Xbox Series dan Xbox One.

Mereka tidak mengumumkan tarikh untuk ia dikeluarkan akan tetapi berkemungkinan ia akan tiba pada seawal-awalnya bulan Ogos iaitu setahun selepas ia dikeluarkan untuk PlayStation 4 yang mungkin mempunyai perjanjian untuk ia tidak ditawarkan di platform lain untuk setahun.

Seperti versi Switch buat masa ini tidak disahkan lagi jika ia akan menyokong fungsi rentas platform, buat masa ini PlayStation dan PC tidak mempunyai fungsi tersebut. Anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini –Ulasan Mini – Fall Guys: Ultimate Knockout.

Sohor Kini