Jika bercakap mengenai fungsi keserasian belakang, Xbox mendahului jika ingin dibandingkan dengan dua pengeluar konsol yang lain PlayStation dan juga Nintendo. PlayStation sekadar menyediakan fungsi keserasian belakang diantara PS5 dan PS4, Nintendo pula terhad melalui Nintendo Switch Online dan juga menjual semula permainan-permainan lama dengan harga penuh.

Minggu ini, Xbox telah mengumumkan satu lagi fungsi baharu yang menambah-baikkan lagi penawaran keserasian belakang mereka iaitu FPS Boost. Menurut Xbox, melalui fungsi ini permainan lama akan diperingkatkan kelancarannya, ada yang dua kali ganda ada juga sehingga 4 kali ganda. Menariknya, fungsi ini tidak akan memerlukan pembangun untuk melakukan sebarang kemaskini ke atas permainan tersebut.

Sebagai permulaan, mereka mengumumkan lima permainan pertama yang akan menerima kelebihan daripada fungsi FPS Boost ini iaitu Far Cry 4, New Super Lucky’s Tale, Sniper Elite 4, UFC 4, dan Watch Dogs 2. Mereka mengatakn New Super Lucky’s Tale kini menyokong sehingga 120FPS dan UFC 4 pula 60FPS. Pemain boleh memilih jika ingin bermain menggunakan FPS Boost ataupun tidak.

Xbox akan menyokong lebih banyak permainan dari semasa ke semasa terutama permainan yang menjadi lebih baik dengan kelancaran yang lebih tinggi.

Sohor Kini