Skip to main content

Sony Malaysia hari ini telah mengumumkan yang sesi pra-tempah PlayStation 5 buat kali ketiga di Malaysia akan berlangsung pada 19 Februari 2021 iaitu tengah malam ini. Akibat keadaan semasa PKP, mereka mengumumkan yang sesi pra-tempah tersebut akan dilakukan melalui laman Lazada rasmi Sony Malaysia.

Tanda harga untuk kedua-dua konsol ini juga tidak berubah, dimana PlayStation 5 akan dijual pada harga RM2299 dan PlayStation 5 versi Digital pada harga RM1869. Ini merupakan kali ketiga sesi pra-tempah dibuka di Malaysia di mana ia sebelum ini dilakukan pada bulan Disember dan Januari.

Jika anda ingin mengetahui lanjut mengenai pendapat kami mengenai PlayStaiton 5 anda boleh baca 5 Sebab Mengapa PlayStation 5 Lebih Baik Berbanding Xbox Series X.

Leave a Reply