Koei Tecmo ketika acara Nintendo Direct yang berlangsung hari ini telah mengumumkan yang Ninja Gaiden: Master Collection akan dikeluarkan untuk Switch, di pengumuman berasingan mereka juga mengesahkan yang ia akan tipa untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam. Ia akan tiba pada 10 Jun 2021.

Ninja Gaiden Master Collection akan menyertakan tiga permainan siri tersebut iaitu Ninja Gaiden Sigma yang dikeluarkan pada tahun 2006, Ninja Gaiden Sigma 2 dikeluarkan pada tahun 2008 dan Ninja Gaiden 3: Razor’s Edge yang dikeluarkan pada tahun 2012. Ia juga menyertakan kesemua DLC, kostum dan mod permainan.

Namun, mereka mengumumkan mod multi-pemain untuk Ninja Gaiden Sigma 2 dan Ninja Gaiden 3 tidak akan disertakan di dalam koleksi ini.

Sohor Kini