Skip to main content

Nintendo ketika acara Nintendo Direct telah mengumumkan yang Splatoon 3 akan dikeluarkan untuk Switch tetapi pemain perlu menunggu kerana ia hanya akan tiba pada tahun hadapan. Ia akan menjadi permainan kedua dikeluarkan untuk konsol mudah alih ini iaitu Splatoon 2 yang dikeluarkan pada tahun 2017.

Buat masa ini maklumat mengenainya masih terhad, tetapi berdasarkan treler pengumuman yang dikongsi ia memperlihatkan kawasan dan juga senjata baharu yang akan tiba. Maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi dari semasa ke semasa kelak.

Leave a Reply