Mario Golf: Super Rush Akan Tiba Untuk Switch Jun Ini

Selain mengumumkan yang kandungan Super Mario akan tiba ke pulau Animal Crossing: New Horizons, ketika Nintendo Direct, Nintendo juga mengumumkan permainan baharu untuk siri Mario Golf iaitu Mario Golf: Super Rush akan tiba untuk Switch pada 25 Jun 2021.

Selain sesi bermain golf biasa, ia juga akan menyertakan Speed Golf di mana kesemua pemain akan bermula secara serentak dan perlu berlumba untuk menjadi pemain pertama yang memasuki bola ke lubang. Ia juga menyertakan mod penceritaan di mana pemain boleh menghasilkan watak sendiri.

Mario Golf Super Rush kini boleh di pra-tempah melalui Nintendo eShop dengan harga $59.99.

Sohor Kini