Skip to main content

Nintendo ketika acara Nintendo Direct yang berlangsung pada hari ini telah mengumumkan yang buat masa ini mereka tidak mempunyai sebarang maklumat baharu mengenai Breath of the Wild 2, tetapi mereka menjanjikan ia akan dikongsikan sekitar tahun ini.

Selain itu, sementara pemain menanti untuk permainan tersebut mereka juga telah membawa kembali antara permainan popular The Legend of Zelda iaitu Skyward Sword HD untuk Nintendo Switch. Ia akan tiba pada 16 Julai 2021 dan anda boleh mula pra-tempah melalui eShop dengan harga $59.99.

The Legend of Zelda: Skyward Sword pertama kali dikeluarkan untuk Wii pada tahun 2011, melalui versi Switch ini ia akan menyertakan kualiti grafik serta kelancaran yang lebih baik. Selain itu, ia juga mempunyai 2 pilihan kawalan iaitu menggunakan pergerakan joy con iaitu satu untuk pedang dan satu untuk perisa, dan menggunakan kawalan seperti biasa di mana stick bahagian kanan akan mengawal pergerakan pedang.

Leave a Reply