Nintendo ketika acara Direct yang berlangsung hari ini telah menggabungkan dua IP besar mereka iaitu kandungan berdasarkan Super Mario akan tiba ke dalam permainan Animal Crossing New Horizons dan ia tiba tidak lama lagi.

Antara kandungan yang disertakan adalah kostum berdasarkan Mario, Luigi dan juga Princes Peach. Terdapat juga hiasan seperti bongkah batu, bendera dan juga paip yang pemain boleh gunakan untuk pergi ke satu kawasan pulau dengan lebih cepat.

Kemaskini untuk menyertakan kandungan ini akan tiba pada 25 Februari dan barangan boleh dibeli bermula pada 1 Mac 2021. Animal Crossing New Horizons sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Animal Crossing: New Horizons – Permainan Terbaik Untuk Dimainkan Ketika Berkurung Di Rumah.

Sohor Kini