Ketika acara Nintendo Direct yang berlangsung hari ini, Nintendo telah mengumumkan yang watak seterusnya untuk Super Smash Bros Ultimate adalah Pyra dan Mythra dari permainan Xenoblade Chronicles 2.

Seperti biasa, watak ini akan juga hadir bersama dengan pilihan lagu dan juga pilihan peringkat baharu. Mereka akan hadir sebagai sebahagian daripada Fighter Pass Vol. 2 menyertai Min Min, Steve dari Minecraft, dan Sephiroth. Pyra dan Mythra akan tiba sekitar bulan Mac.

Super Smash Bros Ultimate sudah dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Sohor Kini