Nintendo hari ini telah menganjurkan Nintendo Direct selepas sekian lama tidak dilakukan oleh mereka, dan antara permainan yang diumumkan adalah Fall Guys: Ultimate Knockout yang akhirnya tiba di platform selain daripada PlayStation dan PC.

Dikeluarkan pada Ogos tahun lepas, Fall Guys telah menerima penerimaan yang sangat baik dan menjadi sangat popular buat satu ketika. Dengan jumlah pemain semakin berkurangan terutama jika ingin dibandingkan semasa pelancaran, dikeluarkan di platform baharu adalah satu perkara yang baik.

Buat masa ini tidak disahkan lagi jika ia akan menyokong fungsi rentas platform, buat masa ini PlayStation dan PC tidak mempunyai fungsi tersebut. Anda boleh baca ulasan kami untuknya melalui pautan ini –Ulasan Mini – Fall Guys: Ultimate Knockout.

Sohor Kini