Permainan MMO Oleh Amazon, New World Ditunda Ke Ogos 2021

Amazon Game Studios telah mengumumkan yang mereka akan menunda sekali lagi permainan MMORPG mereka iaitu New World untuk beberapa bulan ke 31 Ogos 2021. Ia sebelum ini diumumkan akan tiba pada suku kedua tahun ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, selepas mereka memberi peluang kepada pemain untuk mencuba permainan tersebut pada Ogos lepas, mereka telah menerima pelbagai maklum balas daripada pemain dan telah menyertakan penambah-baikkan yang berkait. Masa yang lebih ini akan digunakan untuk memperbaiki lagi kualiti permainan tersebut.

Mereka juga mengumumkan yang sesi Beta tertutup akan tiba pada 20 Julai 2021 buat masa ini mereka hanya mengatakan yang ia akan ditawarkan kepada pemain yang melakukan pra-tempah untuk permainan ini.

New World pertama kali diumumkan pada tahun 2019, di mana ia sepatutnya tiba pada bulan Mei 2020 tetapi telah ditunda ke suku kedua tahun 2021 sebelum ditunda sekali lagi kali ini. Ia akan dilancarka untuk PC.

Sohor Kini