Skip to main content

Riot Games mengumumkan yang mereka akan melancarkan mod baharu untuk Valorant iaitu Escalation. Ia adalah mod yang lebih kasual dan hadir untuk menggalakkan pemain mencuba pelbagai jenis senjata berbeza, di mana ia akan ditetapkan untuk pemain tanpa melalui proses pembelian.

Mod ini akan terus mengekalkan 5v5 Team Deathmatch seperti mod biasa, akan tetapi setiap pemain akan bermula dengan menggunakan senjata yang paling berkuasa, selepas pemain dan juga pasukan mendapat jumlah bunuh tertentu senjata tersebut akan ditukar ke senjata yang kurang berkuasa. Mod ini mempunyai had masa iaitu selama 10 minit, selepas 10 minit jika tiada pasukan yang mendapat 13 kemenangan, pasukan yang mempunyai jumlah kemenangan lebih tinggi akan menang.

Valorant sudah dikeluarkan untuk PC dan boleh dimainkan secara percuma, ia menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply