Skip to main content

Square Enix telah mengumumkan yang Marvel’s Avengers untuk PlayStation 5 dan Xbox Series dan juga watak baharu iaitu Hawkeye akan dikeluarkan pada 18 Mac 2021 secara percuma untuk pemilik permainan tersebut di keluarga konsol yang sama,

Bagi versi PlayStation 5 dan Xbox Series X ia akan menyeokong resolusi sehingga 4K, dan di Xbox Series S pula mereka menyasarkan 1440p. Ia juga dikatakan akan menyertakan tekstur yang lebih baik bersama dengan model watak yang lebih berkualiti. Pemain boleh membawa kemajuan anda ke versi konsol terkini. Sokongan fungsi rentas konsol turut disertakan tetapi untuk keluarga konsol yang sama sahaja.

Hawkeye ataupun Clint Barton juga akhirnya tiba untuk menyertai Kate Bishop di dalam permainan ini. Seperti sebelum ini, ia juga akan mempunyai kempen tersendiri iaitu Operation Hawkeye – Future Imperfect, anda boleh tonton treler di bawah.

Bersempena dengan pengumuman ini, Square Enix juga telah menawarkan permainan ini dengan potongan harga 50% tetapi terhad kepada pelanggan PS Plus untuk PlayStation Store dan Xbox Live Gold untuk Xbox Store. Di PS Store ia masih lagi ditawarkan dengan potongan harga 25% untuk bukan pelanggan PS Plus.

Marvel’s Avengers sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Marvel’s Avengers – Berpotensi Tetapi Mengecewakan.

Leave a Reply