Microsoft hari ini telah melancarkan generasi baharu untuk set fon kepala Xbox mereka iaitu Xbox Wireless Headset untuk Xbox Series, Xbox One dan PC bagi menggantikan Xbox Stereo Headset yang dikeluarkan bersama dengan Xbox One. Mereka juga kali ini menawarkan set fon kepala tanpa wayar dan juga tidak menggunakan sebarang dongel.

Menurut Microsoft, mereka menghasilkan set fon kepala ini untuk memberikan kualiti audio dan chat yang baik, dengan menggunakan teknologi pengasingan bunyi untuk memastikan mikrofon mengutamakan suara berbanding bunyi persekitaran.

Bahagian tepi fon kepala juga boleh diputar untuk memperlahankan ataupun mempertingkatkan audio. Ia juga boleh digunakan untuk anda mengubah agar ia akan mengutamakan bunyi permainan ataupun bunyi chat suara.

Satu pengecasan penuh ia boleh digunakan sehingga 15 jam dan akan mengambil 3 jam masa pengecasan daripada kosong ke penuh. Manakala pengecasan selama 30 minit membolehkan ia digunakan untuk selama 4 jam.

Microsoft juga mengatakan yang Xbox Wireless Headset boleh disambungkan kepada Xbox ataupun PC bersama dengan telefon pintar secara serentak. Dengan kata lain anda boleh bermain permainan di Xbox tetapi pada masa sama bercakap dengan sesiapa melalui telefon.

Xbox Wireless Headset kini boleh di pra-tempah melalui laman Xbox Store dengan harga $99.99 (~RM404) dan ia akan dikeluarkan secara rasmi pada 16 Mac 2021.

Sohor Kini