Selepas sekian lama Nintendo tidak mengajurkan Nintendo Direct utama, kita akhirnya akan mendapat Direct baharu dan juga merupakan yang pertama bagi tahun 2021. Nintendo Direct ini akan berlangsung pada 18 Februari 2021 pada pukul 6 pagi.

Direct ini dikatakan adalah sepanjang 50 minit dan memfokuskan kepada permainan sedia ada termasuk juga Super Smash Bros Ultimate dan juga permainan baharu yang akan tiba pada pertengahan pertama pada tahun 2021.

Permainan yang disahkan akan tiba pada pertengahan 2021 yang diumumakn sebelum ini adalah Persona 5 Strikers, Bravely Default II, Apex Legends dan juga Crash Bandicoot 4, oleh itu mungkin ia akan berkongsi mengenai beberapa jika tidak semua permainan-permainan tersebut.

Anda boleh tonton Nintendo Direct apabila ia berlangsung kelak di laman Nintendo ataupun secara terus di Youtube.

Sohor Kini