Deep Silver dan 4A Games sebelum ini telah mengumumkan yang Metro Exodus akan menerima versi penambah-baikkan khusus untuk PlayStation 5 dan Xbox Series. Minggu ini, mereka mengumumkan versi Enhanced ini juga akan tiba untuk PC dan akhirnya berkongsi maklumat lanjut mengenainya.

Bagi versi PlayStation 5 dan Xbox Series di mana pemain yang memiliki permainan ini di konsol generasi sebelum ini akan menerima naik taraf percuma, ia akan menyokong resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS dan ray-tracing untuk PS5 dan Xbox Series X. Xbox Series S menyasarkan 1080p. Ia juga akan mengambil kesempatan SSD untuk memberikan pemuatan yang lebih pantas.
Manakala bagi PC pula yang sebelum ini telah menerima fungsi ray-tracing akan turut mendapat edisi Enhanced secara percuma. Edisi baharu ini akan menyokong fungsi ray-tracing yang lebih baik dan juga sokongan untuk DLSS. Perbandingan di antara versi PlayStation 5 dan Xbox Series serta PC boleh dilihat di bawah.

Metro Exodus sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Versi penambah-baikkan ini dijangka akan tiba sekitar tahun ini.