Aniplex baru-baru ini telah mengumumkan yang permainan pertempuran berdasarkan siri anime dan manga popular Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Hinokami Keppuutan akan turut dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox One dan PC selepas diumumkan untuk PlayStation 4 sebelum ini.
Minggu ini, berdasarkan perkongsian oleh PlayStation Blog Jepun, mereka akhirnya memperlihatkan gambar daripada permainan tersebut dan juga beberapa video pengenalan bagi dua watak iaitu Tanjiro Kamado dan juga Nezuko Kamado.
Gambar anda boleh lihat di bawah, manakala video ia boleh diakses di laman Youtube Aniplex melalui pautan ini untuk Tanjiro dan juga pautan ini untuk Nezuko, tetapi kedua-dua video tersebut tidak boleh ditonton di Malaysia.



Video bentuk permainan juga dikongsi oleh mereka akan tetapi ia juga hanya untuk tontonan di Jepun, namun channel Youtube Hariel adalah berkongsi-nya dan anda boleh tonton di bawah.
Permainan ini dibangunkan oleh CyberConnect2 , iaitu pembangun yang terkenal untuk siri permainan Naruto: Ultimate Ninja Storm Dragon Ball Z: Kakarot dan sebagainya. Ia disasarkan akan tiba sekitar tahun ini dan buat masa ini hanya diumumkan untuk pasaran Jepun sahaja.