Rainbow Six Quarantine Akan Ditukar Nama Kepada Parasite

Ubisoft sepatutnya mengerluarkan Rainbox Six Quarantine pada awal tahun lepas, akan tetapi selepas prestasi kurang baik daripada dua permainan mereka iaitu The Division 2 dan Ghost Recon: Breakpoint mereka telah menundanya.

Ia sepatutnya tiba sebelum Mac 2021, akan tetapi akibat pandemik Covid-19 mereka sekali lagi menundanya dan hanya akan tiba selepas April 2021. Namun, Ubisoft menyasarkan untuk ia tiba paling lewat pada September 2021.

Selain tarikh pelancaran, Ubisoft juga tampaknya mengambil keputusan untuk menukar judul permainan akibat pandemik Covid-19. Berdasarkan imej yang dimuat naik ke PS Store, nama baharu yang mungkin akan digunakan adalah Rainbow Six Parasite.

Rainbow Six Quarantine ataupun Parasite adalah permainan multi-pemain sehingga 3 pemain “survival FPS”. Ia pertama kali diumumkan pada tahun 2019.

Sohor Kini