Dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series pada November tahun lepas, Overcooked! All You Can Eat turut diumumkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia akan dikeluarkan pada 23 Mac 2021 secara digital dan fizikal untuk PS4 serta Switch.

Melalui edisi All You Can Eat ini mereka akan menggabungkan permainan pertama dan kedua, bersama dengan kesemua DLC untuknya, ia juga akan menyertakan 7 peringkat dan 3 chef baharu.Bagi konsol generasi terkini dan PC ia juga akan menyokong resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS, termasuk juga pemuatan yang lebih pantas.

Mereka juga mengumumkan yang akan menyokong fungsi rentas platform membolehkan anda bermain bersama dengan pemain di platform lain. Kemaskini untuk menyertakan fungsi ini akan dikeluarkan selepas pelancaran.

Sohor Kini