Kemaskini, 16 Februari 2021 – Iron Gate dan Coffee Stain Publishing telah mengumumkan yang Valheim kini terjual sebanyak 2 juta unit selepas mengumumkan yang ia terjual 1 juta unit pada minggu lepas.
Valheim boleh dikatakan adalah permainan sohor kini yang sejak dilancarkan secara akses awal pada awal bulan ini telah menjadi pilihan permainan untuk dimainkan oleh ramai pemain. Oleh itu, tidak mengejutkan apabila Iron Gate dan Coffee Stain Publishing mengumumkan yang permainan tersebut telah terjual sebanyak 1 juta unit.
Selain itu, mereka juga mengumumkan yang permainan tersebut telah mencatat 160 ribu pemain serentak di Steam, akan tetapi berdasarkan data terbaru oleh Steamdb, Valheim telah mencatat lebih 367 ribu pemain beberaja jam lepas.
Valheim adalah permainan ketahanan hidup dunia terbuka di mana pemain perlu membentuk penempatan tersendiri, mencari sumber dan juga melawan pelbagai penjahat. Ia boleh didapati di Steam secara akses awal dengan harga RM39.