Mojang Studios telah mengumumkan yang permainan Minecraft Dungeons kini mempunyai 10 juta pemain selepas dikeluarkan pada pertengahan tahun lepas. Ia juga termasuk pemain-pemain yang bermainnya melalui Xbox Game Pass.
Selain itu mereka juga berkongsi pelbagai maklumat menarik yang lain iaitu, Arch-Illager (bos terakhir untuk kempen penceritaan) telah dikalahkan 5.9 juta kali, dan pemain telah meluangkan 1141 tahun di kem. Selain itu, Redston Monstrosity juga telah dikalahkan 7 juta kali daripada 19 juta kali percubaan.
Minecraft Dungeons sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.