505 Games mengumumkan yang mereka akan menjadi penerbit untuk permainan JRPG Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes, iaitu permainan yang dibangunkan oleh pencipta asal untuk siri permainan Suikoden iaitu Yoshitaka Murayama bersama Junko Kawano, Osamu Komuta dan Junichi Murakami dan dikenali sebagai Rabbit & Bear Studios.

Eiyuden Chronicle sebelum ini hadir dengna kempen biayasama di Kickstarter dan berjaya mendapat dana sasaran dalam masa sehari sahaja. Ia juga menjadi permainan dengan kutipan dana tertinggi di laman biayasama tersebut.

Buat masa ini, ia tidak mengumumkan tarikh pelancaran tetapi berdasarkan sasaran di Kickstarter mereka menjangkakan yang permianan tersebut akan tiba pada akhir tahun 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Switch.

Sohor Kini