Square Enix telah berkongsi video baharu untuk Nier: Replicant 1.22474487139… di mana ia memperlihatkan 10 minit bentuk permainan yang memfokuskan kawasan The Barren Temple. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Seperti kita sedia maklum, Nier: Replicant versi penambah-baikkan untuk Nier yang dikeluarkan pada tahun 2010. Di dalam video di atas, diperlihatkan kualiti grafik serta sistem pertempuran yang dipertingkatkan kualitinya.

Nier: Replicant 1.22474487139… akan dikeluarkan pada 23 April 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini