Skip to main content

Aniplex minggu ini akhirnya berkongsi treler untuk musim kedua bagi siri anime Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba, ia dimuat naik di channel Youtube Jepun dan telah disekat untuk ditonton oleh penonton di Malaysia, namun pengguna Twitter Audrey telah menyertakan sarikata untuknya dan anda boleh tonton di bawah.

Treler tersebut memfokuskan kepada Entertainment District arc, iaitu salah satun arc penceritaan di dalam Demon Slayer. Bagi manga, arc ini diceritakan melalui jilid 70 sehingga 99. Buat masa ini, musim kedua ini hanya disahkan akan tiba pada tahun ini, dan kemungkinan pada suku terakhir.

Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba boleh ditonton melalui Netflix, filem pertama untuknya Mugen Train telah mencecah kutipan tertinggi di Jepun tetapi di Malaysia ia sekadar ditayangkan secara terhad kerana PKP.

Leave a Reply