Halycon 6 Ditawarkan Secara Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store telah menawarkan satu permainan percuma iaitu Halcyon 6 sebagai tawaran mingguan mereka. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 19 Februari 2021.

Halcyon 6 adalah permainan strategi mengikut turutan yang dibangun dan diterbitkan oleh Massive Damage pada tahun 2016. Versi Lightspeed Edition ini adalah versi penambah-baikkan yang mempercepatkan sesi permainan dan juga menambah pelbagai kandungan baharu.

Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store akan menawarkan dua permainan iaitu Absolute Drift dan Rage 2. Mereka juga sedang menganjurkan jualan promosi sehingga 25 Februari 2021.

Sohor Kini